Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat dan keizinan-Nya dapat kita bersua kembali pada kali ini. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan kerana telah memberi penghormatan dan kepercayaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk mengelola Kejohanan Gimrama Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada tahun 2025.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan semua 15 kontinjen negeri ke Kejohanan Gimrama MSSM di bumi Kenyalang, khasnya semua pegawai kejohanan, para pengadil, para pengurus pasukan dan atlet-atlet. Semoga semua yang hadir mendapat keselesaan dan keseronokan sepanjang kejohanan di sini.

Kejohanan Gimrama MSSM menyediakan satu pelantar persaingan yang adil dan saksama kepada para atlet yang telah berlatih dengan penuh komitmen dan ketekunan untuk menguji hasil perancangan dan latihan mereka. Saya mengucapkan selamat bertanding kepada semua kontinjen. Bertandinglah dengan penuh semangat kesukanan serta hormatilah semangat persaudaraan.

Akhir sekali, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua barisan pentadbir, ahli jawatankuasa pengelola, para penaja, pegawai-pegawai kejohanan, dan juga semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

“FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH”

OMAR BIN HAJI MAHLI