
The kopitiam made famous by late celebrity chef Anthony Bourdain. Come try our signature kaya toasted bread. Also, do sample the delicious Sarawak laksa, rojak and kolo mee.
Open 6:30 AM – 5:00 PM
Address : 34, Ban Hock Road, Kuching 93100 Malaysia
2. Mee Kolok Pak Amit Café
Restoran Pak Amit Café menyediakan sajian Mee Kolok asli terbaik dan cukup popular dalam kalangan masyarakat setempat.

Alamat: Lot 3108-3113, SL 3, Jalan Astana, Kuching
Waktu Operasi: Setiap hari, (7am-11am, Ahad – 7am-2pm)
3. Mom’s Laksa Kopitiam

Laksa Sarawak berbeza sedikit dengan laksa yang selalu kita makan di Semenanjung kerana kuah laksanya dimasak pekat bersama santan dan bahan-bahan seafood yang lain seperti udang atau sotong, manakala bihun digunakan sebagai bahan utama dan bukannya mee laksa biasa.
Untuk mendapatkan laksa Sarawak yang asli dan sedap memang tidak mudah, tapi anda boleh menikmatinya kini di Mom’s Laksa Kopitiam ini. Resipi homemade ini tentunya mengiurkan bagi sesiapa saja yang memandangnya.
Selain itu, apa kata anda cuba juga merasai keenakan mee kolok dan mee jawa. Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan dari pagi hinggalah petang, jadi datang awal untuk mendapatkan tempat.
Alamat: Ground Floor, SL-2, Jalan Astana, Ave Astana, Petra Jaya, 93050 Kuching
Waktu Operasi: Setiap hari (5am – 430pm)
4. Alfresco Kuching

Jika anda menginginkan cita rasa barat, datanglah ke restaurant Alfresco Kuching yang menyajikan hidangan ‘Western Food’ dengan starting harga RM1- RM20 sahaja.
Alamat: 2, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, 93450 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: 1030 am – 0930 pm
5. Swee Kang Ais Kacang

Hari ini berasa panas dan tekak mencari makanan sejuk-sejuk? Mari kita pergi ke kedai Swee Kang Ais Kacang. Swee Kang Ais Kacang menyajikan pelbagai hidangan berais berwarna-warni, dengan lebih 18 variasi ABC dan minuman pada menu, termasuk dengan ais kacang.
Alamat: Jalan Haji Taha, Kuching
Waktu Operasi: Setiap hari, 12:00 tengah hari – 6:30 petang
6. Selera Maaidah Cafe


Jika anda ingin memahami budaya makan orang Sarawak, kami sarankan anda datang ke Selera Maaidah Cafe. Kafe popular ini seringkali penuh, jadi tentulah anda boleh mengagak bahawa masakan mereka memang sedap. Kafe ini adalah antara restoran yang popular dikunjungi untuk makan sarapan pagi dan makan tengah hari.
Alamat: 93400, Jln Haji Taha, 93400 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: 8am-3pm (setiap hari, tutup pada hari Ahad)
7. Dayang Salhah Kek Lapis Sarawak

Dengan warna yang menarik selain variasi perisa yang menyelerakan, bakeri ini tentunya pakar dalam pembuatan kek lapis Sarawak yang telah menjadi lambang identiti masyarakat negeri ini sejak dahulu lagi. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan setanding dengan kualiti yang ditawarkan. Sesuai untuk anda jadikan buah tangan buat mereka yang tersayang di Semenanjung.
Alamat: No 40, Kampung Gersik,, Petra Jaya, 93050 Kuching
Waktu Operasi: Setiap hari (8.30am – 10.30pm)